“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (Q.S Al Israa’, 17:24)

Wednesday 9 March 2016

Peranan IbuBapa dalam mendidik anak-anaknya


Peranan IbuBapa dalam mendidik anak-anaknya

     “Keluarga bahagia tunjang kemakmuran negara”. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa                keluarga memang memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia kanak-      kanak. Remaja kini sering melibatkan diri dalam masalah social yang telah mencetuskan isu                polemik dalam kalangan media massa yang saban hari meniti dari bibir ke bibir. Siapakah yang          harus dipersalahkan dalam hal ini? Sudah tentu, sesuatu perkara berlaku tentu ada sebab-sebab            yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-lintuk tidak ditiup angin.                       Pembentukankeperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga. 
         
       Sesebuah keluarga dibentuk dengan peranan ibu bapa masing-masing kebanyak ibu bapa kini           yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa          tersisih seperti anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Oleh hal yang                  demikian, ibu bapa haruslah mengimbangkan kerjaya dan kehidupan seharian mereka agar anak-        anak dapat mendapat didikan yang baik dari segi fizikal dan metal. Ibu bapa sewajarnya tahu              bahawa mujtamak yang kaya dalam kebindaan tetapi muflis dari segi keperibadian akan secara           tidak langsung memberi impak negative terhadap anak-anak mereka. Oleh itu, keluarga terutamanya    ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membentuk keperibadian anak-anak.    

      Tambahan pula, ibu bapa haruslah memberi didikan dan asuhan yang baik sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak tentunya dapat mengimplimentasikan nilai-nilai murni dan sikap positifini dalam kehidupan seharian, seterusnya membentuk sanubari yang baik. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, oleh hal yang demikian mereka mestilah sentiasa bersikap penyanyang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali dijadikan seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring. Sudah terang lagi bersuluh bahawa jati diri anak-anak dapat dibentuk melalui institusi keluargakhususnya ibu bapa yang memainkan peranan yang penting

    Disamping itu, anak-anak yang berfikiran suci akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka ibarat bapa borek, anak rintik. Ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak. Justeru itu, ibu bapa sewajarnya menginduktrinasikan pucuk-pucuk hijau ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anakremaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan social dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik. Melalui nasihatdan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untuk membezakan antara intan dan kaca kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Institusi keluarga memang merupakan salah satu langkah yang signifikan dalam membentuk keperibadian anak-anak.           

       Dalam nada yang berbeza, keluarga yang marem dan sakina turut merupakan tempat yang paling baik agar proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam kalangan anak-anak. Sikap-sikap yang positifharuslah disemai dalam jiwa anak masing-masing bentuk menjamin kesejahteraan hidup dan pembentukan keperibadian mulia mereka. Anak-anak yang ibarat berusia setahun jagung, berdarah setampuk pinang ini mestidiberi penekanan dari segi mental dan fizikal supaya kelak dapat menjadi tunggak negara.    

    Intihanya, keluarga merupakan mercu tanda kemakmuran negara.   Ibu bapa mestilah menjalankan peranan masing-masing agar tidak dijadikan seperti hangat-hangat tahi ayam. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu anak remaja yang merupakan  pemudaharapan bangsa, pemudi tiang negara ini dapat menjadi pemimpin yang berkaliber kelak. Impian Perdana Menteri untuk membentuk sebuah negara yang “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang” dapat dimakbulkan, sekaligus menjadi negara Malaysia berdiri gah di persada dunia.

No comments:

Post a Comment